Perkhidmatan


MENGADAKAN KURSUS PRA PERKAHWINAN ISLAM

Pusat Kursus Perkahwinan Ibukota dilantik oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) untuk mengadakan Kursus Pra Perkahwinan di kalangan umat Islam yang ingin mendirikan rumah tangga. Mendapat pengikhtirafan dari Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).



Tenaga Pengajar

Tenaga pengajar yang mengendalikan kursus ini terdiri daripada tenaga pengajar yang bertauliah dari JAKIM, JAWI dan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).



Jadual Kursus

Kuliah kursus diadakan selama dua hari setiap hari Sabtu dan Ahad sepanjang tahun.

Sabtu 9.00 pagi - 7.00 petang & 
Ahad 9.00 pagi - 1.00petang.


Dokumen Yang Diperlukan 

Sila bawa bersama satu salinan Kad Pengenalan (Warganegara) / Passport (Bukan Warganegara) / Kad Islam (Mualaf).


Pakaian Semasa Hadir Kursus



Peserta Lelaki
Dikehendaki memakai baju kemeja/t-shirt berkolar dan seluar panjang 



Peserta Wanita
 Dikehendaki memakai baju kurung/jubah dan bertudung.


* Sijil hendaklah diambil sendiri oleh peserta. Sekiranya melalui wakil hendaklah disertakan dengan salinan I/C yang ditandatangani di belakangnya oleh tuan empunya sijil.








No comments:

Post a Comment